Skip to content

Seksyen 12

Pembetulan kesilapan

of Peraturan-Peraturan Cukai Pelancongan 2017

P.U. (A)In forceProvision 12 of 20
Seksyen 12

(1)

Jika seseorang pengendali membuat suatu kesilapan dalam apa-apa penyata yang dikemukakan di bawah Akta, pengendali itu hendaklah membetulkannya dengan apa-apa cara dan dalam apa-apa masa sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kastam.

(2)

Mana-mana pengendali yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.