Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 6

(1)

Seorang pengendali hendaklah mengeluarkan suatu nota kredit atau nota debit jika, selepas penyata telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah, terdapat perubahan dalam amaun cukai pelancongan—

(a)

disebabkan perubahan pada kadar cukai pelancongan yang berkuat kuasa di bawah seksyen 8 Akta;

(b)

disebabkan apa-apa pelarasan dalam penjalanan urusan perniagaannya; atau

(c)

disebabkan kesilapan dalam mengenakan kadar cukai pelancongan.

(2)

Jika perubahan itu adalah berhubungan dengan perenggan 1(a), pengendali itu hendaklah membuat pelarasan dalam penyata untuk tempoh bercukai yang perubahan pada kadar itu berlaku.

(3)

Jika perubahan itu adalah berhubungan dengan perenggan 1(b)—

(a)

dalam hal seorang pengendali, orang itu hendaklah membuat pelarasan dalam penyata bagi tempoh bercukai yang nota kredit atau nota debit dikeluarkan; atau

(b)

dalam hal seseorang yang telah berhenti menjadi pengendali, orang itu hendaklah membuat pelarasan dalam penyata bagi tempoh bercukai terakhir yang dalam tempoh tersebut dia ialah seorang pengendali.

P.U. (A) 228 7

(4)

Jika perubahan itu adalah berhubungan dengan perenggan 1(c), pengendali itu hendaklah membuat pelarasan dalam penyata untuk tempoh bercukai yang kadar itu telah tersilap dikenakan.

(5)

Suatu nota kredit atau nota debit hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

perkataan “nota kredit” atau “nota debit” di tempat yang mudah dilihat;

(b)

nombor siri dan tarikh dikeluarkan;

(c)

nama, alamat dan nombor pengenalan cukai pelancongan pengendali;

(d)

nama dan alamat orang yang kepadanya premis penginapan disediakan;

(e)

sebab ia dikeluarkan;

(f)

bilangan penginapan dan malam bagi setiap penginapan yang disediakan;

(g)

jumlah bayaran penginapan yang disediakan tidak termasuk cukai pelancongan;

(h)

kadar dan amaun cukai pelancongan; dan

(i)

nombor dan tarikh invois cukai asal.

P.U. (A) 228 8

(6)

Mana-mana pengendali yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN 2017