Skip to content

Seksyen 9

of Peraturan-Peraturan Cukai Pelancongan 2017

P.U. (A)In forceProvision 9 of 20

Seksyen 9

(1)

Pembayaran cukai pelancongan di bawah seksyen 19 Akta, penalti, surcaj atau apa-apa wang lain di bawah Akta, hendaklah dibuat sama ada melalui cek, deraf bank atau perbankan elektronik.

(2)

Berhubung dengan pembayaran yang dibuat melalui cek atau deraf bank, cek atau deraf bank itu hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah melalui pos.

(3)

Cukai pelancongan, penalti, surcaj atau apa-apa wang lain di bawah Akta hendaklah disifatkan telah dibayar apabila pembayaran diterima oleh Ketua Pengarah:

Dengan syarat—

(a)

jika apa-apa cek atau deraf bank yang diterima oleh Ketua

Pengarah tidak dibayar semasa penyerahan, amaun tersebut hendaklah disifatkan tidak diterima walau apa pun apa-apa resit diberikan sehingga amaun itu telah dibayar sewajarnya kepada

Ketua Pengarah;

(b)

jika pembayaran dibuat melalui sesebuah bank, amaun itu hendaklah disifatkan tidak diterima sehingga amaun itu dimasukkan untuk dikreditkan kepada Ketua Pengarah.