Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Cara mengemukakan penyata
(1)
Suatu penyata yang dibuat di bawah peraturan 8 hendaklah dikemukakan melalui pos atau perkhidmatan elektronik ke Pusat Pemprosesan Cukai Pelancongan.
(2)
Suatu penyata hendaklah disifatkan telah dikemukakan—
(a)
dalam hal penghantaranserahan melalui pos, pada tarikh tanda pos; atau
(b)
dalam hal penghantaranserahan melalui perkhidmatan elektronik, apabila penyata itu telah diterima oleh Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik.
(3)
Dalam peraturan ini, “Pusat Pemprosesan Cukai Pelancongan” ertinya pejabat pentadbiran cukai pelancongan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama bagi maksud menerima penyata dan pembayaran cukai pelancongan, penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta.
P.U. (A) 228 9
Pembayaran cukai pelancongan, penalti, dsb.