Skip to content

Seksyen 8

Cara menuntut pembayaran balik

of Peraturan-Peraturan Cukai Pelancongan (Pemberi Perkhidmatan Platform Digital) 2021

P.U. (A)In forceProvision 8 of 16
Seksyen 8

(1)

Seseorang pemberi perkhidmatan platform digital yang layak menuntut pembayaran balik di bawah seksyen 21 atau seksyen 22 Akta hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah dalam Borang TTx-04A.

(2)

Suatu permohonan bagi pembayaran balik di bawah seksyen 21 Akta hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu tahun dari tarikh peremitan diberikan dan hendaklah disokong dengan apa-apa keterangan yang dikehendaki oleh

Ketua Pengarah.