Skip to content

Seksyen 6

of Peraturan-Peraturan Cukai Pelancongan (Pemberi Perkhidmatan Platform Digital) 2021

P.U. (A)In forceProvision 6 of 16

Seksyen 6

(1)

Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah mengemukakan penyata bagi setiap tempoh bercukai sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 20I(1) Akta dalam Borang TTx-03A.

(2)

Semua butir yang dikehendaki dalam Borang TTx-03A hendaklah mengandungi suatu perakuan bahawa penyata itu adalah benar dan lengkap.

P.U. (A) 153 8

(3)

Suatu penyata yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik dan hendaklah disifatkan telah dikemukakan apabila penyata itu telah diterima oleh Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik.

(4)

Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.