Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (LAYANAN KHAS BAGI BANK ATAU INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN YANG MENERIMA PAKAI PIAWAIAN LAPORAN KEWANGAN MALAYSIA 9: INSTRUMEN KEWANGAN) 2021

Seksyen 4

Dalam menentukan pendapatan kasar suatu bank atau institusi kewangan pembangunan daripada perniagaannya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan suatu instrumen kewangan—

(a)

dalam hal suatu aset kewangan—

(i)

apa-apa laba berkenaan dengan klasifikasi semula suatu aset kewangan yang diukur pada kos terlunas yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil;

(ii)

apa-apa laba, sama ada laba itu direalisasi atau tidak, berkenaan dengan suatu aset kewangan yang diukur pada nilai saksama melalui untung atau rugi yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil;

(iii)

apa-apa laba berkenaan dengan penyahiktirafan suatu aset kewangan yang diukur pada kos terlunas yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil;

(iv)

apa-apa laba berkenaan dengan penyahiktirafan suatu aset kewangan yang merupakan suatu instrumen ekuiti yang diukur pada nilai saksama melalui pendapatan komprehensif lain yang sebelum itu diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain, yang diiktiraf dalam perolehan tertahan pada akaun hasil;

(v)

apa-apa laba berkenaan dengan penyahiktirafan suatu aset kewangan yang merupakan suatu instrumen hutang yang diukur pada nilai saksama melalui pendapatan komprehensif lain yang sebelum itu diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain, yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil; atau

(vi)

apa-apa amaun pendapatan faedah atau pendapatan kewangan berkenaan dengan suatu aset kewangan yang dikira pada kadar faedah berkesan yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil;

P.U. (A) 400 8

(b)

dalam hal suatu liabiliti kewangan—

(i)

apa-apa laba, sama ada laba itu direalisasi atau tidak, berkenaan dengan suatu liabiliti kewangan yang diukur pada nilai saksama melalui untung atau rugi yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil; atau

(ii)

apa-apa laba berkenaan dengan penyahiktirafan suatu liabiliti kewangan yang diukur pada nilai saksama melalui untung atau rugi yang berbangkit daripada perubahan dalam risiko kredit liabiliti kewangan yang sebelum itu diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain, yang diiktiraf dalam perolehan tertahan pada akaun hasil, hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar bank atau institusi kewangan pembangunan itu daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Pendapatan larasan