Skip to content

Seksyen 6

Layanan cukai bagi aset kewangan pada akaun modal

of Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Layanan Khas bagi Bank atau Institusi Kewangan Pembangunan yang Menerima Pakai Piawaian Laporan Kewangan Malaysia 9: Instrumen Kewangan) 2021

P.U. (A)In forceProvision 6 of 12
Seksyen 6

(1)

Apa-apa laba atau kerugian berkenaan dengan suatu aset kewangan yang diukur pada nilai saksama melalui untung atau rugi yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun modal tidak akan dicukai atau tidak dibenarkan sebagai suatu potongan dan pelarasan cukai hendaklah dibuat.

(2)

Apa-apa laba atau kerugian daripada pendapatan komprehensif lain apabila penyahiktirafan aset kewangan yang merupakan suatu instrumen hutang yang diukur pada nilai saksama melalui pendapatan komprehensif lain yang dipindah ke untung atau rugi pada akaun modal tidak akan dicukai atau tidak dibenarkan sebagai suatu potongan dan pelarasan cukai hendaklah dibuat.