Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (LAYANAN KHAS BAGI BANK ATAU INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN YANG MENERIMA PAKAI PIAWAIAN LAPORAN KEWANGAN MALAYSIA 9: INSTRUMEN KEWANGAN) 2021

Seksyen 5

P.U. (A) 400 7

Dalam menentukan pendapatan larasan suatu bank atau institusi kewangan pembangunan daripada perniagaannya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan suatu instrumen kewangan—

(a)

dalam hal suatu aset kewangan—

(i)

apa-apa kerugian berkenaan dengan klasifikasi semula suatu aset kewangan yang diukur pada kos terlunas yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil;

(ii)

apa-apa kerugian, sama ada kerugian itu direalisasi atau tidak, berkenaan dengan suatu aset kewangan yang diukur pada nilai saksama melalui untung atau rugi yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil;

P.U. (A) 400 9

(iii)

apa-apa kerugian berkenaan dengan penyahiktirafan suatu aset kewangan yang diukur pada kos terlunas yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil;

(iv)

apa-apa kerugian berkenaan dengan penyahiktirafan suatu aset kewangan yang merupakan suatu instrumen ekuiti yang diukur pada nilai saksama melalui pendapatan komprehensif lain yang sebelum itu diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain, yang diiktiraf dalam perolehan tertahan pada akaun hasil; atau

(v)

apa-apa kerugian berkenaan dengan penyahiktirafan suatu aset kewangan yang merupakan suatu instrumen hutang yang diukur pada nilai saksama melalui pendapatan komprehensif lain yang sebelum itu diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain, yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil;

(b)

dalam hal suatu liabiliti kewangan—

(i)

apa-apa kerugian, sama ada kerugian itu direalisasi atau tidak, berkenaan dengan suatu liabiliti kewangan yang diukur pada nilai saksama melalui untung atau rugi yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil;

(ii)

apa-apa kerugian berkenaan dengan penyahiktirafan suatu liabiliti kewangan yang diukur pada nilai saksama melalui untung atau rugi yang berbangkit daripada perubahan dalam risiko kredit liabiliti kewangan yang sebelum itu diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain, yang diiktiraf dalam perolehan tertahan pada akaun hasil; atau

(iii)

apa-apa amaun perbelanjaan faedah atau perbelanjaan kewangan berkenaan dengan suatu liabiliti kewangan yang diukur pada kos terlunas yang dikira pada kadar faedah berkesan yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil,

P.U. (A) 400 10

hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam menentukan pendapatan larasan bank atau institusi kewangan pembangunan itu daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Layanan cukai bagi aset kewangan pada akaun modal