Skip to content

Seksyen 103

of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 103 of 171

Seksyen 103

(1)

Di bawah kebenaran dan syarat-syarat sebagaimana yang Komisioner Jeneral boleh tentukan, kursus koresponden, pembelajaran persendirian dan latihan kemahiran boleh dibenarkan di setiap tempat tahanan untuk faedah orang tahanan.

(2)

Tiap-tiap orang tahanan yang boleh mendapat manfaat melalui kemudahan pendidikan yang disediakan hendaklah digalakkan untuk berbuat demikian.