Seksyen 101
Lawatan oleh kakitangan agama atau anggota lain persatuan agama
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
P.U. (A)In forceProvision 101 of 171
Seksyen 101
(1)
Kakitangan agama daripada Jabatan Kerajaan atau anggota persatuan agama yang berdaftar boleh dibenarkan masuk pada masa yang munasabah dan sesuai ke dalam tempat tahanan untuk melawat orang tahanan yang memerlukan perkhidmatan mereka.
(2)
Pegawai yang Menjaga boleh menghalang atau menghentikan lawatan atau perkhidmatan ini pada bila-bila masa demi kepentingan keselamatan tempat tahanan.