Malaysia legislation
Section 168
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 168
Pelawat ke tempat tahanan
(1)
Seorang pegawai penjara yang bertindak sebagai penjaga pintu utama bagi mana-mana tempat tahanan tidak boleh membenarkan mana-mana orang, yang bukan
P.U. (A) 188 73
seorang pegawai penjara atau orang tahanan, memasuki ke dalam tempat tahanan itu tanpa kebenaran Pegawai yang Menjaga, yang diberikan secara lisan atau bertulis.
(2)
Subperaturan (1) tidak terpakai bagi−
(a)
seorang Hakim Mahkamah Persekutuan;
(b)
seorang Hakim Mahkamah Rayuan;
(c)
seorang Hakim Mahkamah Tinggi;
(d)
seorang Hakim Mahkamah Seksyen;
(e)
seorang Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat tahanan itu terletak; dan
(f)
mana-mana Hakim Pelawat bagi tempat tahanan itu.
(3)
Penjaga pintu utama hendaklah menyimpan suatu rekod berkenaan semua orang selain pegawai penjara yang memasuki ke dalam atau keluar dari tempat tahanan itu, dan dia hendaklah meminta semua orang itu menuliskan nama mereka dalam suatu buku yang diadakan bagi maksud itu.
(4)
Penjaga pintu utama hendaklah mempunyai kuasa untuk memeriksa mana-mana orang yang memasuki ke dalam dan meninggalkan tempat tahanan itu.
(5)
Mana-mana orang yang enggan diperiksa oleh penjaga pintu utama tidak boleh dibenarkan memasuki premis tempat tahanan.
(6)
Penjaga pintu utama tidak boleh membenarkan mana-mana orang lain selain pegawai penjara memasuki ke dalam tempat tahanan itu dengan tidak diiringi oleh seorang pegawai penjara.
P.U. (A) 188 74
(7)
Penjaga pintu utama tidak boleh membenarkan mana-mana orang tahanan keluar dari pintu utama itu dengan tidak diiringi oleh seorang pegawai penjara atau pihak berkuasa lain yang berkaitan.
(8)
Penjaga pintu utama hendaklah secara berhati-hati memeriksa perintah bagi membenarkan masuk rakan orang tahanan dengan memeriksa nama dan kad pengenalan mereka dengan nama dalam perintah itu, dan jika dia tidak berpuashati bahawa perintah itu mengenai orang yang mengemukakan kad pengenalan itu dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu kepada Pegawai yang Menjaga untuk mendapatkan arahannya.
(9)
Penjaga pintu utama hendaklah memastikan nama semua orang yang mungkin bekerja dalam tempat tahanan itu dan dia hendaklah memberi amaran kepada mereka bahawa mereka tidak dibenarkan bercakap atau memberikan apa-apa kepada mana-mana orang tahanan tanpa kebenaran sepatutnya.
(10)
Penjaga pintu utama hendaklah memuaskan hatinya bahawa orang yang keluar dari tempat tahanan itu adalah juga sama dengan orang yang masuk.
(11)
Penjaga pintu utama hendaklah menjaga semua surat, bungkusan atau barang lain yang dikirimkan untuk mana-mana orang tahanan dan dia hendaklah menyerahkannya kepada Pegawai yang Menjaga.
(12)
Penjaga pintu utama hendaklah memeriksa semua barang yang dibawa ke dalam tempat tahanan dan hendaklah menahan dan menghalang mana-mana orang yang membawa apa-apa barang yang dilarang ke dalam tempat tahanan itu.
(13)
Penjaga pintu utama tidak boleh membenarkan apa-apa barang dibawa keluar dari tempat tahanan itu tanpa kebenaran Pegawai yang Menjaga atau ditunjukkan pas pintu yang telah ditandatangani dengan sewajarnya.
P.U. (A) 188 75
Orang tahanan yang kelihatan uzur