Skip to content

Seksyen 167

Orang tahanan tidak boleh ditinggalkan

of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 167 of 171
Seksyen 167

Tiada seorang pun pegawai penjara boleh, semasa menjaga orang tahanan di luar kawasan mana-mana tempat tahanan, meninggalkan orang tahanan itu walau kerana apa-apa alasan sekali pun dari masa mereka keluar dari tempat tahanan hingga mereka pulang ke tempat tahanan, dan dia tidak boleh bagi apa-apa maksud memasuki mana-mana rumah, stor, halaman atau premis (yang bukan berupa tempat yang ditetapkan bagi latihan orang tahanan itu) dalam tempoh yang dia ditugaskan menjaga orang tahanan itu.