Malaysia legislation
Section 26
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 26
(1)
Maka hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap tempat tahanan suatu sistem peringkat progresif yang memberi peningkatan keistimewaan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
(2)
Terdapat empat jenis peringkat, iaitu−
(a)
Peringkat Pertama;
(b)
Peringkat Kedua;
(c)
Peringkat Ketiga; dan
(d)
Peringkat Keempat.
(3)
Kenaikan daripada Peringkat Kedua ke atas hendaklah bergantung kepada kelakuan baik, kerajinan dan tempoh perkhidmatan dalam setiap Peringkat.
(4)
Orang tahanan dalam tiap-tiap peringkat itu hendaklah memakai suatu tanda pengenalan pada pakaian mereka atau memakai pakaian yang menunjukkan perbezaan peringkat sebagaimana yang ditetapkan oleh Komisioner Jeneral.
(5)
Jenis Peringkat itu hendaklah diterangkan kepada tiap-tiap orang tahanan semasa pertama kali diterima masuk oleh Pegawai yang Menjaga.
Peringkat Pertama