Seksyen 29
Peringkat Ketiga
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
P.U. (A)In forceProvision 29 of 171
Seksyen 29
(1)
Tertakluk kepada tatakelakuan, kerajinan dan kemajuan pemulihan, Pegawai yang Menjaga boleh mempertimbangkan seorang tahanan dinaikkan ke Peringkat
Ketiga selepas berada dalam Peringkat Kedua selama tujuh bulan.
(2)
Seorang tahanan itu hendaklah berada dalam Peringkat Ketiga untuk tujuh bulan dan tertakluk kepada peraturan 31, boleh terus berada dalam Peringkat itu bagi baki tempoh tahanannya.