Seksyen 96
Pengawasan khas orang tahanan yang lepas lari
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
P.U. (A)In forceProvision 96 of 171
Seksyen 96
(1)
Orang tahanan yang, semasa tahanan terdahulu dalam jagaan yang sah yang pernah melarikan diri atau cuba melarikan diri akan dianggap dan dilayan sebagai pelarian berpotensi tinggi melainkan jika Pegawai yang Menjaga atas alasan-alasan khas mengarahkan sebaliknya.
(2)
Pelarian berpotensi tinggi yang disebut dalam subperaturan (1)
hendaklah memakai di atas pakaiannya tanda khas yang berbeza sebagaimana yang ditentukan oleh Komisioner Jeneral.