Seksyen 99
Pendidikan agama
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
Pegawai yang Menjaga hendaklah membuat perkiraan untuk mengadakan pendidikan agama atau moral bagi orang tahanan di bawah jagaannya oleh orang yang berikut:
P.U. (A) 188 48
(a)
Pegawai penjara atau pegawai pemulihan yang berkelayakan menjadi guru agama;
(b)
Berkenaan dengan orang tahanan yang beragama Islam mana-mana orang yang diberikan "tauliah" di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pentadbiran agama Islam; dan
(c)
Berkenaan dengan orang tahanan yang bukan beragama Islam, seseorang yang dinamakan oleh mana-mana persatuan agama yang berdaftar dengan sahnya.