Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 [P.U. (A) 38/1994], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2–
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “aksesori” takrif-takrif yang berikut:
““badan penilaian pematuhan” ertinya suatu badan penilaian pematuhan asing atau tempatan yang aktiviti dan kepakarannya termasuklah pelaksanaan bagi semua atau mana-mana peringkat proses penilaian pematuhan;
“badan penilaian pematuhan asing” ertinya suatu badan penilaian pematuhan yang mempunyai tempat perniagaannya di negara selain dari Malaysia dan negara itu telah memasuki suatu perjanjian pengakuan timbal balik dengan Malaysia;
“badan penilaian pematuhan tempatan” ertinya suatu badan penilaian pematuhan yang mempunyai tempat perniagaannya di Malaysia dan berdaftar dengan Suruhanjaya mengikut Peraturan 97B;”;
P.U. (A) 151 3
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “Kontraktor Perkhidmatan Elektrik”
takrif yang berikut:
““label penarafan kecekapan” ertinya suatu label yang menyediakan informasi tentang aras prestasi tenaga suatu kelengkapan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 101A;”;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “Perakuan Kelulusan” takrif yang berikut:
““Perakuan Pematuhan” ertinya Perakuan Pematuhan yang dikeluarkan oleh suatu badan penilaian pematuhan;”;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “peranti arus baki” takrif yang berikut:
““perjanjian pengakuan timbal balik” ertinya apa-apa perjanjian atau persetujuan antara Malaysia dengan mana-mana negara lain;”;
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “perkakas” takrif yang berikut:
““pihak berkuasa akreditasi” ertinya Ketua Pengarah
Jabatan Standard sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta
Standard Malaysia 1996 [Akta 549];”.
Pindaan peraturan 47