Seksyen 97A
of Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2013
Seksyen 97A
Bagi maksud memperakukan apa-apa kelengkapan di bawah peraturan 97, Suruhanjaya hendaklah memberikan pengiktirafan kepada suatu badan penilaian pematuhan asing, mengikut cara yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
Dengan syarat bahawa, badan penilaian pematuhan asing itu hendaklah diiktiraf, didaftarkan atau dilesenkan oleh pihak berkuasa relevan di dalam negara yang badan penilaian pematuhan asing itu menjalankan perniagaannya.
(2)
Suruhanjaya hendaklah berhenti mengiktiraf suatu badan penilaian pematuhan asing di bawah subperaturan (1), jika pengiktirafan, pendaftaran atau lesen yang diberikan kepada badan penilaian pematuhan asing itu dibatalkan oleh pihak berkuasa relevan itu.
(3)
Semua laporan ujian, perakuan, rekod atau fail
P.U. (A) 151 6
teknikal yang dihasilkan oleh suatu badan penilaian pematuhan asing mengikut Peraturan-Peraturan ini hendaklah diiktiraf sebagai sah dan berkekalan bagi tujuan Bahagian ini, tanpa menjejaskan apa-apa ujian atau penilaian lanjut, yang akan dibuat ke atasnya sebagaimana disifatkan perlu oleh Suruhanjaya.
Pendaftaran badan penilaian pematuhan tempatan.