Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(1)
Mana-mana orang yang terkilan boleh memohon kepada Tribunal untuk membatalkan lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 31 Akta atas mana-mana alasan yang berikut:
(a)
bahawa pemegang lesen telah gagal mengeluar dan menerbitkan terjemahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu atau dalam tempoh lanjutannya;
(b)
bahawa lesen itu telah diperolehi secara fraud atau melalui salah nyataan tentang apa-apa fakta perlu;
(c)
bahawa pemegang lesen telah melanggar mana-mana terma dan syarat lesen;
(d)
bahawa terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain dan dengan kandungan yang sebahagian besarnya sama dengan yang baginya lesen itu telah diberi telah diterbitkan oleh pemunya hak terjemahan atau dengan kebenarannya dengan harga yang semunasabahnya berkaitan dengan yang dikenakan di
Malaysia bagi karya yang setanding dengannya; atau
P.U. (A) 212 17
(e)
bahawa pemegang lesen telah melanggar mana-mana peruntukan
Akta.
(2)
Permohonan boleh dibuat dengan memfailkan di Tribunal empat salinan
Borang CT5 bersama dengan fi yang ditetapkan dan menyampaikan sesalinan Borang
CT5 kepada pemegang lesen.
(3)
Tribunal boleh, selepas memberi peluang kepada pemegang lesen untuk didengar, membatalkan lesen tersebut.
Rujukan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Tinggi