Skip to content

Seksyen 14

of Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Tribunal Hak Cipta) 2012

P.U. (A)In forceProvision 14 of 38

Seksyen 14

(1)

Tiap-tiap dokumen yang difailkan, dikemukakan kepada atau dihantarserahkan kepada Tribunal hendaklah diendorskan dengan nama dan alamat pihak yang memfailkan, mengemukakan atau menghantarserahkan dokumen itu dan alamat itu hendaklah disifatkan alamat penyampaian pihak itu.

(2)

Dokumen yang dikehendaki untuk difailkan, dikemukakan kepada atau dihantarserahkan kepada Tribunal hendaklah diposkan dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu dan dialamatkan kepada Setiausaha di alamat Pejabat Hak Cipta.