Skip to content

Seksyen 12

Rujukan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Tinggi

of Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Tribunal Hak Cipta) 2012

P.U. (A)In forceProvision 12 of 38
Seksyen 12

(1)

Suatu pihak boleh meminta kepada Tribunal untuk merujuk suatu persoalan undang-undang yang berbangkit dalam prosiding yang diselesaikan dihadapannya untuk ditentukan oleh Mahkamah Tinggi dengan memfailkan di Tribunal empat salinan borang CT6 bersama dengan fi yang ditetapkan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan itu dibuat dan hendaklah juga menyampaikan sesalinan

Borang CT6 kepada pihak yang satu lagi kepada prosiding itu.

(2)

Apabila Borang CT6 diterima, Tribunal hendaklah memutuskan sama ada untuk menggantung kuat kuasa apa-apa perintah yang terkandung dalam keputusannya dan hendaklah, jika sesuatu perintah digantung, menyebabkan notis penggantungan disampaikan kepada tiap-tiap orang yang terlibat dengan penggantungan itu.