Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012

Seksyen 13

(1)

Pemohon boleh memberi notis penarikan balik permohonan, rujukan atau rayuannya pada bila-bila masa sebelum ianya dilupuskan secara muktamad dengan memfailkan di Tribunal empat salinan Borang CT7 bersama dengan fi yang ditetapkan, tetapi penarikan balik tersebut hendaklah tanpa prejudis terhadap kuasa

Tribunal untuk membuat suatu perintah tentang pembayaran kos yang ditanggung sehingga masa penyampaian notis penarikan balik itu.

P.U. (A) 212 18

(2)

Pemohon hendaklah menyampaikan sesalinan Borang CT7 kepada

Penentang dan memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis mengenai tarikh pelaksanaan penyampaian itu.

(3)

Penentang yang kepadanya telah disampaikan sesalinan Borang CT7

boleh, dalam tempoh empat belas hari dari penyampaian itu, memohon kepada

Tribunal perintah, walau apa pun notis penarikan balik itu, permohonan, rujukan atau rayuan diteruskan untuk ditentukan oleh Tribunal.

(4)

Jika Tribunal memutuskan, dengan budi bicaranya, untuk meneruskan permohonan, rujukan atau rayuan itu, ia boleh bagi maksud itu menggantikan

Penentang sebagai Pemohon kepada prosiding itu, dan memberi apa-apa arahan berbangkit sebagaimana yang perlu.

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012