Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012

Seksyen 15

(1)

Penyampaian sesuatu dokumen kepada orang sebenar bolehlah dilaksanakan dengan—

(a)

meninggalkan dokumen itu dengan orang itu;

P.U. (A) 212 19

(b)

memberikan dokumen itu kepada orang itu; atau

(c)

mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyampaiannya atau di alamatnya yang terakhir diketahui.

(2)

Penyampaian sesuatu dokumen kepada suatu persatuan, pertubuhan, pertubuhan perbadanan atau firma bolehlah dilaksanakan dengan—

(a)

meninggalkan dokumen itu dengan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa dalam persatuan, pertubuhan, pertubuhan perbadanan atau tuan punya firma itu;

(b)

memberikan dokumen itu kepada pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa dalam persatuan, pertubuhan, pertubuhan perbadanan atau tuan punya firma itu;atau

(c)

mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa dalam persatuan, pertubuhan atau pertubuhan perbadanan, atau tuan punya firma itu di pejabat berdaftar persatuan, pertubuhan, pertubuhan perbadanan atau firma itu, atau di alamat penyampaiannya.

(3)

Bagi maksud sesuatu rayuan di bawah peraturan 8, penyampaian dokumen kepada Pengawal boleh dilaksanakan dengan mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada Pengawal di alamat Pejabat Hak Cipta.

Tarikh penyampaian

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012