Skip to content

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

of Peraturan-Peraturan Institusi Kewangan Pembangunan (Skim Ombudsman Kewangan) 2016

P.U. (A)In forceProvision 2 of 11
Seksyen 2

“anggota” ertinya anggota Skim Ombudsman Kewangan sebagaimana dinyatakan dalam subperaturan 3(1);

“ombudsman” ertinya pegawai pengendali skim yang dilantik oleh lembaga pengarah pengendali skim untuk mengadjudikasi pertikaian yang dirujuk kepada

Skim Ombudsman Kewangan;

“pengendali skim” ertinya suatu syarikat yang didaftarkan di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang mengendalikan Skim Ombudsman Kewangan;

“pertikaian” ertinya suatu pertikaian antara seorang pengadu yang layak dengan suatu anggota berkenaan dengan perkhidmatan atau produk kewangan yang boleh dirujuk kepada Skim Ombudsman Kewangan sebagaimana yang dinyatakan dalam terma rujukan;

3

“terma rujukan” ertinya terma rujukan Skim Ombudsman Kewangan yang diluluskan di bawah peraturan 4.