Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2016
Seksyen 4
(1)
Terma rujukan Skim Ombudsman Kewangan hendaklah tertakluk kepada kelulusan Bank.
(2)
Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, kandungan terma rujukan hendaklah termasuk—
(a)
terma keanggotaan Skim Ombudsman Kewangan termasuk—
(i)
tatacara keanggotaan, termasuk hal keadaan yang keanggotaan terhenti;
4
(ii)
fi langganan dan fi atau caj lain yang kena dibayar oleh anggota atau mana-mana golongan anggota, termasuk fi berlainan yang boleh dikenakan ke atas golongan anggota yang berlainan;
(iii)
tatacara dan tempoh masa bagi anggota memberikan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud penyelesaian pertikaian yang dirujuk kepada
Skim Ombudsman Kewangan;
(iv)
tatacara dan tempoh masa bagi anggota mematuhi apa-apa award yang diberikan di bawah Skim Ombudsman Kewangan; dan
(v)
tatacara bagi memastikan pematuhan kepada terma keanggotaan jika berlaku apa-apa kemungkiran terhadap terma keanggotaan;
(b)
jenis pertikaian yang boleh dirujuk kepada Skim Ombudsman
Kewangan;
(c)
kategori pengadu yang layak;
(d)
jenis award yang boleh diberikan berkenaan dengan suatu pertikaian;
(e)
tatacara dan tempoh masa bagi suatu pertikaian dirujuk kepada
Skim Ombudsman Kewangan;
(f)
hal keadaan yang suatu pertikaian boleh enggan diterima atau ditolak;
(g)
hal keadaan dan tempoh masa bagi pengantaraan atau adjudikasi suatu pertikaian di bawah Skim Ombudsman Kewangan; dan
(h)
tatacara bagi memastikan pengadu yang layak dan anggota mematuhi pada setiap masa kewajipan kerahsiaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 8.
5
(3)
Pengendali skim hendaklah mengendalikan Skim Ombudsman Kewangan mengikut terma rujukan yang diluluskan.
(4)
Tiada pindaan kepada terma rujukan yang diluluskan boleh dibuat tanpa—
(a)
rundingan terdahulu dengan anggota; dan
(b)
kelulusan bertulis terdahulu Bank.
(5)
Pengendali skim hendaklah menyiarkan terma rujukan yang diluluskan dan apa-apa pindaan kepada terma rujukan yang diluluskan itu di laman sesawang pengendali skim atau dalam apa-apa bentuk dan cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Kewajipan memberitahu Bank