Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2016

Seksyen 3

Anggota Skim Ombudsman Kewangan

(1)

Sesuatu institusi yang ditetapkan yang menyediakan atau yang telah menyediakan perkhidmatan atau produk kewangan kepada mana-mana orang—

(a)

bagi maksud persendirian, domestik atau keperluan rumah; atau

(b)

berkaitan dengan suatu perniagaan kecil sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 42C Akta, hendaklah menjadi suatu anggota Skim Ombudsman Kewangan.

(2)

Keanggotaan hendaklah mula berkuat kuasa pada apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3)

Anggota hendaklah, pada setiap masa, mematuhi terma keanggotaan

Skim Ombudsman Kewangan sebagaimana yang dinyatakan dalam terma rujukan.

Terma rujukan Skim Ombudsman Kewangan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2016