Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2016
Seksyen 5
(1)
Pengendali skim hendaklah dengan serta-merta memberitahu Bank—
(a)
tentang apa-apa perkara yang boleh menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan fungsi dan kewajipannya secara berkesan di bawah mana-mana peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini, dokumen konstituennya atau terma rujukan; dan
(b)
sekiranya anggota—
(i)
gagal untuk mematuhi terma keanggotaan Skim Ombudsman
Kewangan, termasuk kegagalan untuk membayar apa-apa fi atau caj yang kena dibayar oleh anggota itu di bawah terma keanggotaan itu; atau
(ii)
gagal untuk mematuhi subseksyen 42E(2) Akta.
6
Kewajipan mengemukakan laporan kepada Bank