Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2016
Seksyen 6
(1)
Pengendali skim hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangannya, mengemukakan kepada Bank suatu laporan mengenai aktiviti dan operasinya yang dijalankan dalam tahun kewangan itu.
(2)
Laporan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah termasuk—
(a)
jumlah pertikaian yang dirujuk kepada Skim Ombudsman Kewangan;
(b)
perihalan tentang jenis pertikaian yang dirujuk dan award yang diberikan;
(c)
akaun tahunan pengendali skim yang telah diaudit; dan
(d)
apa-apa dokumen atau maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank.
(3)
Pengendali skim hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, melaporkan kepada Bank—
(a)
apa-apa perkara yang boleh bersifat sistemik yang berbangkit daripada pengendalian Skim Ombudsman Kewangan; dan
(b)
sekiranya pengendali skim mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana anggota terlibat dalam apa-apa salah laku yang serius.
Penyiaran maklumat