Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2016

Seksyen 7

(1)

Pengendali skim hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, menyiarkan dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang difikirkannya sesuai, bagi maksud memberitahu anggota atau orang awam—

7

(a)

maklumat mengenai aktiviti dan operasinya yang dijalankan setiap tahun, termasuk akaun tahunannya yang telah diaudit;

(b)

maklumat mengenai keputusan pertikaian yang bersifat material termasuk alasan bagi keputusan itu, dengan syarat bahawa maklumat yang disiarkan itu tidak dengan apa-apa cara membolehkan identiti mana-mana pengadu yang layak atau anggota ditentukan daripadanya;

dan

(c)

senarai nama anggota dan apa-apa pindaan kepada senarai itu.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), pengendali skim hendaklah menyiarkan apa-apa dokumen atau maklumat lain dalam apa-apa bentuk dan cara dan dalam apa-apa tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Kerahsiaan