Skip to content

Seksyen 6

Polisi insurans indemniti profesional

of Peraturan-Peraturan Insurans (Broker Insurans Marin, Penerbangan dan Transit Antarabangsa yang Diluluskan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 6 of 9
Seksyen 6

(1)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan hendaklah pada setiap masa, berkenaan dengan perniagaan pembrokeran insuransnya, mempunyai suatu polisi insurans indemniti profesional yang berkuat kuasa sekurang-kurangnya lima ratus ribu ringgit atau suatu jumlah bersamaan dengannya dalam mata wang negara atau wilayah yang ditetapkan yang padanya ia dilesenkan, didaftarkan, diluluskan atau dikawal dan diselia selainnya.

(2)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan yang gagal mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda di bawah perenggan 203(1)(b) Akta .