Skip to content

Seksyen 8

Pendedahan broker insurans MAT

of Peraturan-Peraturan Insurans (Broker Insurans Marin, Penerbangan dan Transit Antarabangsa yang Diluluskan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 8 of 9
Seksyen 8

(1)

Tiada broker insurans MAT boleh mempelawa mana-mana orang di

Malaysia untuk membuat suatu tawaran atau cadangan untuk membuat sesuatu kontrak insurans dengan penanggung insurans MAT tanpa mendedahkan kepada orang itu segala maklumat material termasuklah—

(a)

nama penanggung insurans MAT itu;

(b)

hubungan broker insurans MAT yang diluluskan dengan penanggung insurans MAT; dan

(c)

premium yang dikenakan oleh penanggung insurans MAT itu.

(2)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan yang gagal mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda di bawah perenggan 203(1)(b) Akta.