Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Bank boleh, atas permintaan bertulis oleh broker insurans MAT atau atas apa-apa alasan yang dinyatakan di bawah subperaturan (2), menarik balik kelulusan suatu broker insurans MAT yang diluluskan.
(2)
Alasan yang disebut dalam subperaturan (1) ialah
(a)
broker insurans MAT yang diluluskan itu telah terhenti menjalankan perniagaan pembrokeran insurans MAT yang telah diluluskan oleh Bank;
(b)
broker insurans MAT yang diluluskan itu telah terhenti dilesenkan, didaftarkan, diluluskan atau dikawal dan diselia selainnya sebagai suatu broker insurans dalam negara atau wilayah yang ditetapkan yang ia telah dilesenkan, didaftarkan, diluluskan atau dikawal dan diselia selainnya;
P.U. (A) 169 6
(c)
Bank mendapati, broker insurans MAT yang diluluskan telah melanggar mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini, atau apa-apa syarat kelulusannya atau arahan yang diberikan oleh Bank di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan ini;
(d)
broker insurans MAT yang diluluskan itu telah mengemukakan maklumat palsu, mengelirukan atau tidak tepat, atau telah menyembunyikan atau tidak mendedahkan fakta material, dalam permohonannya untuk kelulusan di bawah peraturan 4;
(e)
broker insurans
MAT yang diluluskan itu, mana-mana pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya telah disabitkan atas suatu kesalahan berhubungan dengan fraud atau ketidakjujuran di bawah apa-apa undang-undang bertulis mana-mana negara, wilayah atau tempat;
(f)
broker insurans MAT yang diluluskan itu
(i)
telah dilikuidasikan; atau
(ii)
telah digulung atau selainnya dibubarkan;
(g)
seorang penerima, penerima dan pengurus harta, pengurus kehakiman, atau orang lain yang mempunyai kuasa dan kewajipan seorang penerima, penerima dan pengurus harta atau pengurus kehakiman, yang telah dilantik, sama ada di Malaysia atau selainnya, berhubung dengan, atau berkenaan dengan apa-apa harta, broker insurans MAT yang diluluskan itu;
(h)
broker insurans MAT yang diluluskan menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan pemunya polisi atau pemunya polisi yang dimaksudkan; dan
P.U. (A) 169 7
(i)
ia adalah kepentingan awam untuk menarik balik kelulusan.
(3)
Sebelum menarik balik kelulusan suatu broker insurans MAT yang diluluskan di bawah subperaturan (1) melainkan di atas permintaannya, Bank hendaklah memberi broker insurans itu notis secara bertulis—
(a)
mengenai niat Bank untuk menarik balik kelulusan itu; dan
(b)
mengenai peluang untuk membuat representasi bertulis kepada
Bank dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam notis atas sebab mengapa kelulusannya tidak boleh ditarik balik.
(4)
Jika broker insurans MAT yang diluluskan yang disebut dalam subperaturan (3) gagal untuk membuat apa-apa representasi bertulis kepada Bank dalam tempoh yang ditentukan dalam notis di bawah subperaturan (3) atau dalam tempoh masa sebagaimana yang dibenarkan oleh Bank, Bank hendaklah memberi notis secara bertulis kepada broker insurans tentang tarikh penarikan balik kelulusan itu akan berkuat kuasa.
(5)
Jika broker insurans
MAT yang diluluskan itu membuat suatu representasi bertulis, Bank hendaklah menimbangkan representasi itu dan memberi broker insurans itu suatu notis bertulis mengenai keputusannya.
(6)
Jika Bank memutuskan untuk tidak menarik balik suatu kelulusan, Bank boleh mengenakan apa-apa syarat atau sekatan ke atas kelulusan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam kelulusan bertulis itu.
(7)
Walau apa pun penarikan balik kelulusan di bawah peraturan ini, broker insurans itu hendaklah terus tertakluk kepada Akta dan Peraturan-Peraturan ini sehingga takat yang sama seperti sebelumnya sebelum kelulusannya ditarik balik, dan hendaklah terus menunaikan obligasinya selagi liabilitinya yang ada tidak ditunaikan atau tidak diperuntukkan selainnya sehingga memuaskan hati Bank.
P.U. (A) 169 8
Pendedahan broker insurans MAT