Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN INSURANS (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT ANTARABANGSA YANG DILULUSKAN) 2012

Seksyen 9

(1)

Mana-mana broker insurans MAT yang diluluskan yang menerima atau memungut apa-apa premium di Malaysia berkenaan dengan perniagaan pembrokeran insurans MATnya hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan suatu akaun yang berasingan bagi perniagaannya itu dengan suatu bank berlesen di bawah Akta Bank dan

Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau suatu bank yang bersamaan dalam negara atau wilayah yang ditetapkan yang mana broker insurans MAT yang diluluskan itu dilesenkan, didaftarkan, diluluskan atau dikawal dan diselia selainnya.

(2)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan hendaklah membayar ke dalam akaun bank yang disenggarakan olehnya di bawah subperaturan (1) semua wang yang diterima olehnya—

(a)

daripada atau bagi pihak pemunya polisi atau pemunya polisi yang dimaksudkan bagi atau atas akaun suatu penanggung insurans

P.U. (A) 169 9

yang berkaitan dengan suatu kontrak insurans atau kontrak insurans yang dicadangkan; atau

(b)

daripada atau bagi pihak penanggung insurans bagi atau atas akaun suatu pemunya polisi atau pemunya polisi yang dimaksudkan.

(3)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan hendaklah membuat pembayaran—

(a)

premium yang diterima atau dipungut di Malaysia berkenaan dengan perniagaan pembrokeran insurans MATnya tidak lewat daripada lima belas hari daripada penerimaan atau pungutan premium itu; dan

(b)

wang yang kena dibayar kepada penuntut dalam tempoh lima belas hari daripada tarikh penerimaan wang itu.

(4)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan hendaklah menetapkan apa-apa akaun bank yang disenggarakan olehnya di bawah subperaturan (1) sebagai suatu akaun premium pembrokeran insurans MAT, dengan atau tanpa perihalan perkataan selainnya.

(5)

Bagi maksud peraturan ini, “wang” ertinya apa-apa jumlah yang diterima oleh suatu broker insurans MAT yang diluluskan sebagai ejen bagi pemunya polisi atau pemunya polisi yang dimaksudkan, termasuklah wang polisi, premium dan bayaran tuntutan.

(6)

Suatu broker insurans

MAT yang diluluskan gagal mematuhi subperaturan (1), (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda di bawah perenggan 203(1)(b) Akta .

P.U. (A) 169 10

Perundingan dan peletakan risiko 10.

(1)

Tiada broker insurans MAT yang diluluskan boleh, berkenaan dengan perniagaan pembrokeran insurans MATnya di Malaysia, merunding atau menempatkan apa-apa kontrak insurans dengan apa-apa penanggung insurans selain daripada penanggung insurans MAT.

(2)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan yang gagal mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda di bawah perenggan 203(1)(b) Akta.

Pengemukaan maklumat kepada Bank 11.

(1)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan hendaklah mengemukakan kepada Bank dokumen atau maklumat berhubung dengan perniagaan pembrokeran insurans MATnya di Malaysia yang boleh dikehendaki oleh Bank melalui notis secara bertulis dalam tempoh masa yang boleh ditentukan di dalam notis.

(2)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan yang gagal mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda di bawah perenggan 203(1)(b) Akta .

Penyata dan audit 12.

(1)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan hendaklah, dalam tempoh enam bulan daripada akhir setiap tahun kewangan atau dalam tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Bank, menyedia dan menyerahsimpan dengan Bank—

(a)

suatu penyata yang boleh ditentukan oleh

Bank dengan memberikan butir-butir tentang peletakkan perniagaan yang diuruskan semasa tahun kewangan itu sebagai suatu broker insurans MAT yang diluluskan; dan

(b)

penyata kewangan tahunan yang diaudit bagi tahun kewangan itu yang dikemukakan kepada pihak berkuasa penyeliaannya.

P.U. (A) 169 11

(2)

Jika suatu penyata kewangan yang diaudit adalah dalam bahasa selain bahasa Inggeris, salinan yang dikehendaki dalam subperaturan (1) hendaklah dalam bahasa Inggeris dan diperakukan sebagai terjemahan sebenar daripada yang asal oleh penterjemah.

(3)

Suatu broker insurans MAT yang diluluskan yang gagal mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda di bawah perenggan 203(1)(b) Akta.

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN INSURANS (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT ANTARABANGSA YANG DILULUSKAN) 2012