Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(1)
Tiap-tiap kanak-kanak dalam percubaan hendaklah digalakkan untuk berkomunikasi dengan ibu atau bapa, penjaga, saudara atau kawannya sekurang-kurangnya sebulan sekali melalui apa-apa cara komunikasi yang disediakan oleh Pengetua.
(2)
Cara komunikasi yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah diawasi oleh Pengetua.
(3)
Jika kanak-kanak dalam percubaan menerima suatu surat atau bungkusan daripada mana-mana orang, Pengetua boleh memeriksa surat atau bungkusan yang diterima oleh kanak-kanak dalam percubaan itu dan boleh mengimpaun surat atau bungkusan itu jika kandungannya, pada pendapat Pengetua, tidak diingini.
Lawatan