Skip to content

Seksyen 17

Cuti

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Asrama Akhlak) 2017

P.U. (A)In forceProvision 17 of 33
Seksyen 17

(1)

Tiap-tiap kanak-kanak dalam percubaan berhak kepada cuti empat belas hari dalam setahun tertakluk kepada kelulusan Pengetua.

(2)

Cuti yang disebut dalam subperaturan (1) tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak dalam percubaan—

P.U. (A) 289 16

(a)

dalam masa enam bulan pertama penahanan di asrama akhlak kecuali disebabkan berlakunya apa-apa hal keadaan luar biasa dan dengan kelulusan Pengetua; atau

(b)

melebihi empat belas hari kecuali disebabkan berlakunya apa-apa hal keadaan luar biasa dan dengan kelulusan Pengarah Negeri.