Malaysia legislation
Section 20
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT PERLINDUNGAN) 2017
Seksyen 20
(a)
pendidikan rendah atau menengah;
(b)
latihan teknikal atau vokasional;
(c)
latihan kemahiran hidup; atau
(d)
program pembangunan moral dan rohani.
(2)
Bagi maksud menyediakan pendidikan rendah atau menengah kepada penghuni di bawah perenggan (1)(a), Pengetua hendaklah menyediakan yang berikut:
(a)
kelas khas atau tuisyen;
(b)
kemudahan pusat sumber;
(c)
pengangkutan; dan
(d)
apa-apa perkiraan lain yang perlu.
(3)
Tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah, mana-mana penghuni yang diletakkan di tempat perlindungan lebih daripada enam bulan boleh diberikan pendidikan rendah atau menengah di luar tempat perlindungan itu.
(4)
Bagi maksud menyediakan latihan teknikal atau vokasional, atau latihan kemahiran hidup di bawah perenggan (1)(b) atau (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, Pengetua hendaklah—
(a)
mengambil kira keupayaan dan kebolehan penghuni; dan
(b)
berunding dengan ibu atau bapa atau penjaga penghuni.
(5)
Bagi maksud menyediakan program pembangunan moral dan rohani di bawah perenggan (1)(d), Pengetua hendaklah memastikan supaya penghuni—
18
(a)
menyertai apa-apa aktiviti atau program mengikut kepercayaan agama penghuni itu;
(b)
menyertai apa-apa program sukan atau rekreasi;
(c)
menjalani apa-apa sesi kaunseling; dan
(d)
menyertai apa-apa aktiviti atau program lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pengetua.
(6)
Mana-mana orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan, latihan atau program yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah menyediakan laporan kemajuan bagi setiap penghuni yang menjalani pendidikan, latihan atau program itu dan mengemukakan laporan itu kepada Pengetua.
(7)
Pengetua hendaklah memastikan laporan kemajuan itu disimpan di dalam fail peribadi penghuni.
Jadual waktu aktiviti harian