Skip to content

Seksyen 21

Jadual waktu aktiviti harian

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Perlindungan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 21 of 44
Seksyen 21

(1)

Pengetua hendaklah menyediakan suatu jadual waktu aktiviti harian tempat perlindungan, termasuklah waktu bangun dan tidur, belajar, ulang kaji, latihan teknikal atau vokasional, kerja domestik, rekreasi, dan aktiviti dalam dan luar, dengan kelulusan

Ketua Pengarah.

(2)

Suatu salinan jadual waktu aktiviti harian hendaklah ditampalkan pada papan notis utama, dan di dewan makan dan pejabat, tempat perlindungan itu.

(3)

Apa-apa perubahan besar yang dibuat kepada jadual waktu aktiviti harian itu hendaklah dimasukkan ke dalam buku log dan suatu pemberitahuan bertulis mengenai perubahan itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah dengan segera.

19