Skip to content

Seksyen 22

Aktiviti harian atau program

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Perlindungan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 22 of 44
Seksyen 22

(1)

Apa-apa aktiviti harian atau program, termasuklah aktiviti luar dan program komuniti, yang dijalankan oleh tempat perlindungan―

(a)

hendaklah diawasi oleh kakitangan;

(b)

hendaklah bersesuaian dengan umur dan keupayaan penghuni dan hendaklah memberikan peluang bagi perkembangan mereka; dan

(c)

hendaklah termasuk tempoh bagi aktiviti dalam dan luar dan tempoh bagi rehat yang tidak diganggu.

(2)

Kakitangan hendaklah merekodkan kehadiran setiap penghuni ke aktiviti harian atau program dan ketidakhadirannya daripada aktiviti harian atau program itu dalam suatu daftar.