Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“alkohol” ertinya alkohol ethil;
“bir” termasuklah ale, stout, porter dan segala minuman keras yang ditapaikan lain yang dibuat daripada malt;
“hari kerja” ertinya mana-mana hari yang bukan hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am atau hari rehat;
“hari rehat” ertinya hari Sabtu;
“kenderaan barangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334];
“perdagangan tempatan” ertinya pengangkutan barang mengikut laut dari suatu tempat di Malaysia ke suatu tempat lain di Malaysia tetapi tidak termasuk pengangkutan
P.U. (A) 397 7
dari pulau bebas cukai ke kawasan utama kastam bagi barang berduti yang diimport ke dalam kawasan tersebut atau pengangkutan dari kawasan utama kastam ke pulau bebas cukai bagi barang berduti yang dieksport dari kawasan tersebut;
“pulau bebas cukai” ertinya Labuan, Langkawi, Tioman atau Pangkor;
“spirit” ertinya apa-apa minuman keras yang mengandungi alkohol yang diperolehi melalui penyulingan;
“tembakau” termasuklah cerut, rokok, sedutan, beedies dan apa-apa keluaran kilangan tembakau lain yang seumpamanya termasuk tangkai tembakau, lebihan tembakau dan tembakau yang tidak diawet;
“transit serantau” ertinya pergerakan barang melalui darat merentasi wilayah satu atau lebih pihak penjanji di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai
Pemudahan Pengangkutan Barangan dalam Transit—
(a)
dari suatu pejabat kastam di Malaysia ke suatu pejabat kastam di negara lain; atau
(b)
dari suatu pejabat kastam di negara lain melalui Malaysia ke suatu pejabat kastam di negara lain.