Skip to content

Seksyen 5

Permohonan bagi kebenaran bertulis

of Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol Ron 95) 2026

P.U. (A)In forceProvision 5 of 5
Seksyen 5

(1)

Permohonan bagi kebenaran bertulis untuk menjual atau membeli petrol RON 95 bagi kegunaan kenderaan motor asing hendaklah dibuat kepada Pengawal mengikut cara yang ditentukan oleh Pengawal.

(2)

Pengawal boleh memberi kebenaran bertulis tertakluk kepada syarat yang difikirkannya patut untuk mengelakkan penyalahgunaan kebenaran bertulis.

(3)

Pengawal boleh, pada bila-bila masa selepas pemberian kebenaran bertulis, menambah, memotong atau mengubah syarat yang baginya kebenaran bertulis itu tertakluk.

(4)

Pengawal boleh membatalkan suatu kebenaran bertulis pada bila-bila masa jika orang yang kepadanya kebenaran bertulis itu diberi melanggar syarat kebenaran bertulis itu.

P.U. (A) 142 4