Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), tiada seorang pun boleh membeli petrol RON 95 bagi kegunaan kenderaan motor asing tanpa kebenaran bertulis Pengawal.
(2)
Subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembelian petrol RON 95 di tempat yang dinyatakan dalam Jadual, dengan syarat bahawa—
(a)
petrol RON 95 yang dibeli daripada tempat tersebut tidak boleh diangkut bagi apa-apa urus niaga selanjutnya yang lain; dan
(b)
petrol RON 95 itu hendaklah dibeli dalam harga pasaran.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.
Permohonan bagi kebenaran bertulis