Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Kebajikan Haiwan (Fi Pelesenan) 2021.
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2021.
s 2Pengeluaran lesen
Jika suatu permohonan lesen itu diluluskan oleh Lembaga, Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen atas nama pemohon apabila dibayar fi yang dinyatakan dalam Jadual.
s 3Pembaharuan lesen
Jika suatu permohonan untuk suatu pembaharuan lesen diluluskan oleh
Lembaga, lesen itu hendaklah diperbaharui apabila dibayar fi yang dinyatakan dalam Jadual.
Seseorang pemegang lesen boleh memohon untuk penggantian lesennya kepada Lembaga jika lesennya hilang, musnah atau rosak.
Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat kepada
Lembaga dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh, selepas menerima permohonan bagi penggantian lesen di bawah subperaturan (1), mengeluarkan lesen ganti untuk menggantikan lesen asal.
P.U. (A) 70 3