Seksyen 30A
of Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (Pindaan) 2026
Seksyen 30A
(1)
Mana-mana orang yang terlibat dalam atau menyelia katering makanan besar-besaran hendaklah menjalani latihan penyeliaan perkhidmatan makanan dan mendapat Sijil Latihan Penyeliaan Perkhidmatan Makanan daripada institusi yang ditubuhkan atau diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
(2)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.”.
Pindaan peraturan 31 9.
Peraturan 31 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu berikut:
“Keadaan kesihatan pengendali makanan”; dan
(b)
dalam subperaturan (1) dengan memotong perkataan “diperiksa dari segi kesihatan dan”.
Pindaan Jadual Pertama 10.