Seksyen 7
Pindaan peraturan 30
of Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (Pindaan) 2026
P.U. (A)In forceProvision 7 of 9
Seksyen 7
Peraturan 30 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(2A) Jika makanan berkaling berasid rendah dikilangkan di premis makanan, sekurang-kurangnya satu orang pengendali makanan di premis makanan itu hendaklah, sebagai tambahan bagi mematuhi kehendak-kehendak di bawah subperaturan (1), menjalani latihan pengendalian makanan berkaling berasid rendah dan mendapat Sijil Latihan dalam Pengendalian Makanan
Berkaling Berasid Rendah daripada institusi yang diluluskan oleh Pengarah.”.
Peraturan baharu 30A