Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024
Seksyen 5
Pembayaran kompaun
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu melalui—
(a)
wang tunai atau melalui kiriman wang, kiriman wang pos, pesanan juruwang, pesanan jurubank atau draf bank yang dipalang dengan perkataan "Akaun Penerima Sahaja" yang perlu dibayar kepada
Suruhanjaya; atau
(b)
kad kredit, kad debit, kad caj atau apa-apa bentuk pemindahan wang secara elektronik yang lain.
(2)
Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.
(3)
Suatu resit rasmi yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik jika pembayaran dibuat melalui pemindahan wang secara elektronik.
Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat