Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024

Seksyen 3

(1)

Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan boleh dikompaun telah dilakukan, Suruhanjaya boleh, dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya yang disebut dalam subperaturan 2(2), mengeluarkan suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua.

(2)

Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah sah bagi tempoh tiga puluh hari bermula dari tarikh tawaran itu diterima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat atau apa-apa tempoh lanjutan yang boleh diberikan oleh

Suruhanjaya secara bertulis, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh tiga puluh hari atau apa-apa tempoh lanjutan

P.U. (A) 467 3

yang diberikan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

Penyetujuterimaan kompaun