Seksyen 10
Kewajipan majikan apabila ujian audiometrik dijalankan
of Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019
(1)
Bagi maksud ujian audiometrik di bawah peraturan 9, majikan hendaklah—
(a)
memastikan bahawa ujian audiometrik itu dijalankan tanpa kos kepada pekerja;
(b)
memastikan bahawa ujian audiometrik dijalankan dalam masa tiga bulan selepas pekerja itu mula bekerja di mana-mana kawasan tempat kerja yang terdedah kepada bising melebihi had yang dinyatakan dalam perenggan 6(1)(a), (b) atau (c); dan
(c)
memastikan bahawa ujian audiometrik dijalankan selepas pekerja itu diletakkan dalam keadaan senyap selama sekurang-kurangnya empat belas jam tanpa bantuan pelindung pendengaran diri.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(c), “senyap” ertinya tiada pendedahan kepada paras tekanan bunyi melebihi 80dB(A).
P.U. (A) 60 13