Skip to content

Seksyen 7

Pelindung pendengaran diri

of Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019

P.U. (A)In forceProvision 7 of 11
Seksyen 7

(1)

Jika majikan menyediakan pelindung pendengaran diri kepada seorang pekerja untuk mengurangkan bising berlebihan, majikan itu hendaklah memastikan bahawa pelindung pendengaran diri itu—

(a)

sesuai dan efisien;

P.U. (A) 60 9

(b)

diperiksa dengan sewajarnya, disenggara dan dijadikan tersedia pada setiap masa;

(c)

akan secara munasabahnya mengurangkan pendedahan bising diri pekerja itu di bawah had yang dinyatakan dalam perenggan 6(1)(a), (b)

atau (c) apabila pelindung pendengaran diri itu dipakai dengan sewajarnya; dan

(d)

diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.