Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019

Seksyen 11

(1)

Majikan hendaklah menyimpan dan menyenggara rekod yang mengandungi yang berikut:

(a)

laporan penaksiran risiko bising yang disebut dalam subperaturan 4(4)

selama tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun; dan

(b)

laporan ujian audiometrik pekerjanya yang disebut dalam subperaturan 9(7) selagi pekerja itu diambil kerja oleh majikan itu dan selama tempoh lima tahun selepas pekerja itu terhenti menjadi pekerjanya.

(2)

Jika majikan terhenti daripada menjalankan perniagaan dan orang lain mengambil alih perniagaan itu, majikan itu hendaklah menyerahkan semua rekod yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b) kepada orang lain yang mengambil alih perniagaan itu, dan orang lain itu hendaklah menyimpan dan menyenggara rekod itu selama tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b) masing-masing.

(3)

Apabila habis tempoh yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b), majikan itu hendaklah memberi Ketua Pengarah sekurang-kurangnya tiga bulan notis secara bertulis mengenai niatnya untuk melupuskan rekod itu, dan majikan itu hendaklah memindahkan rekod itu kepada Ketua Pengarah, jika diminta sedemikian.

(4)

Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

P.U. (A) 60 14

Dibuat 28 Februari 2019

[KSM/PUU(S)/600-1/2/9/3(15); PN(PU2)541/XII]

M. KULASEGARAN

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 60 15

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NOISE EXPOSURE)

REGULATIONS 2019

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019